Thursday, July 27, 2006

Mulakan Hidup Yang Baru!!

Aku dah berpindah ker Damansara. Dan aku ingin mulakan hidup baru. Ari ni aku akan balik ke kampung untuk ubatkan diri aku ni yang ntah apa apa ntah. Aku ingin ketenangan yang aku cari selama ini dan aku inginkan kebahagiaan yang aku dambakan. Aku tidak inginkan lagi keserabutan dan keresahan atas perbuatan insan lain terhadap ku. CUkuplah apa yang berlaku. CUkuplah dengan apa yang aku tempoh.

Aku sungguh bernasib baik kerana masih ada kawan2 yang baik hati terhadap aku. Yang sanggup menolong aku di saat aku dalam kesusahan. Berkorban masa dan wang ringgit. Erms... Semoga satu hari aku bisa membalas jasamu sahabatku semua. Aku terlalu bertuah kerana mempunyai teman2 sepertinya ini. Aku berasa amat bersyukur ke atas kurniaan Allah ini.

Kepada budak2 ayam kampung. Jasa demo semua amat za kenang hinnga ker akhir hayat. Berharap dan berdoa semoga jasamu ini akan dapat za tebus dan za bayar dengan setimpal. Jika sekiranya tidak kesampaian hajat za ini semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa mu itu.

So guys, wish me luck kay in my journey to have my own new life! Please support me in ure own way!

Wednesday, July 26, 2006

Aku MengalamiNya Lagi (Bomoh Lagi!)

Sepanjang tempoh kekecewaan aku ni, aku ada seorang bestfriend (he is a guy). He the one who is taking care of me and always be my side when i need him. Within a few days, i feel that i hate him so much. Bukan setakat dengar suara.. nak tengok muka pun tak boleh. Aku dah tatau apa aku nak buat. Sampai satu hari tu, dia bercakap sorang2 macam bercakap dengan aku. Kawan dia yang talipon aku. Kawan dia cakap macam aku gangguan dalam diri dia. So kawan dia bawak dia pegi jumpa ustaz untuk tanya masalah dia. Lepas balik dari sana, dia dan kawan dia datang jumpa aku. Dorang citer ngan aku yang Ustaz tu ada kaitkan dengan masalah bomoh yang aku hadapi dulu. (Dia tersabit dengan benda bomoh yang aku ada tu sebab dia menolong aku).

Masa time dia jumpa aku, jangan ceritalah betapa aku bencikan dia. Aku sendiri pun dah bercakap dah tak berbutir bunyi. Aku sendiri tak sedar apa yang aku cakap. Dorang dok suruh aku mengucap apa semua. Lepas sejam baru aku okay. Tapi aku still tak leh tengok muka dia. Macam benci semacam.

Sampai macam ni sekali dia buat pada aku. Aku tak tahu apa nak kata. Kenapa dia nak ikat aku sampai macam ni sekali. Adakah salah aku kerana semua ini. Aku nak balik kampung nak ubatkan diri aku sendiri sekali lagi. Mengikut kawan aku, ustaz tu kata budak yang bomohkan aku tu dah tindan balik apa yang dia buat kat aku dulu. Ntah la aku tatau apa aku nak rasa..

AKU TAKUT SEBENARNYA NI!! TAKUT LA SANGAT2. YA ALLAH YA TUHANKAN AMPUNKAN DOSA AKU DAN LEPASKAN AKU DARI SEMUA NI>

Note: Aku bukan minta simpati tapi aku sendiri tatau apa yang aku harus lakukan.. Please do advise me!!

Monday, July 17, 2006

KeKeCewAaN MenJeLMa LaGi UntUk KeSeKiaN KaLie!!

Photobucket - Video and Image Hosting

Tengok la gambar atas tu. Nampak tak mata aku yang bengkak. Dah 3 ari tak tido. Dah 3 hari menangis.

Akhirnya apa yang aku khuatirkan selama ni terjadi jugak! Aku terpaksa melepaskan dia pergi. Aku tak sanggup tengok dia derhaka terhadap ibu bapa kerana aku. Keluarga dia ada calon isteri biarkan! Biar aku sengsara sikit takper. Asalkan dia tak derhaka dengan keluarga dia.Aku pasrah. Memang aku kecewa, pedih, sengsara. Dan aku tahu dia juga kecewa dengan keluarga dia. DIa banyak menangis kerana kami. Kami menangis bersama sebelum keputusan dicapai.
Kami banyak sengsara tapi kami perlu berfikir rasional. Kami terpaksa buat keputusan walaupun terseksa..

Wednesday, July 12, 2006

Tertunggu-tunggu dan Ternanti-nanti!

Aku sebenarnya tengah tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti panggilan ttalipon dari tempat yang aku pi interview ari tu. Aku harap dan berdoa sangat supaya dapat kerja tu. InsyaAllah kalau ada rezeki dari Allah SWT. Aku dok barharap sangat tapi kalau tak dapat terpaksa aku cari tempat lain. Kalau korang baca post aku sebelum ni korang akan tahu kenapa aku nak cari sangat keje lain kan! Sebab aku perlu dari kehidupan aku yang sekarang. Bukan lari kerana takut tapi kerana berjaga.

Aku nak terasa nak bercakap pasal cinta hari ni tapi buku log aku tu tertinggal kat rumah. So aku ingat aku akan tulis besok. So sabar2 la sapa nak baca pasal cinta.

Aku terasa rindu pada seseorang ari ni. Aku rasa macam rindu pada seseorang yang pernah aku sayang 6 tahun lepas. Susah nak cari orang macam dia. Dulu kami berpisah kerna halangan dari keluarga dia. Aku teringat kan dia kerana sekarang aku menghadapi dilema yang sama sekali lagi. Walaupun berlainan orang yang aku sayang tapi kisah yang sama. Aku tak tahu macam mana nak menghadapi semua ini sekali lagi. Aku pernah terfikir untuk melepaskan jer dia pergi kerana aku tak sanggup melihat dia putus saudara dengan ibu bapa dan sanak saudara kerana aku. Aku bukan sekejam itu. Biarlah berasa sedih tapi kerana sayang aku biarkan dia pergi. Dia marah kan aku dan dia cakap yang aku ni bermain dengan cinta dia. Aku cuba terangkan pada dia aku tidak bermain dengan cinta dia tapi aku sayangkan dia dan aku taknak hidup dia keseorangan tanpa sanak saudara kerana aku. Apa perlu aku lakukan?????

NAK BUAT APA NI? LEPAS SATU_SATU MASALAH MENJELMA>? DAPATKAH AKU BERTAHAN SITUASI YANG SANGAT MENCABAR MINDA AKU NI???!!

Tuesday, July 11, 2006

*wink* *smile* *sengih* *sigh*

Kata orang manusia ni "rambut sama hitam tapi hati lain-lain". Tu memang betul... Tu memang ungkapan yang aku rasa memang 100% tepat. Kadang2 kita tengok manusia muka dah cam pecah pintu tapi hati baik giler, tapi ada sesetengah orang tu pulak nampak cam beradab dan bertamadun tapi biadap la sesangatnya. Itulah manusia. Macam tu la jugak dalam segi lain2 nya. Mak aku selalu pesan jangan memandang orang pada luaran. Bahkan dia selalu pesan ngan aku kalau nak cari pasangan hidup jangan pentingkan sangat rupa dan harta. Sebab semua tu tak menjamin kebahagiaan. Mak aku selalu kata dalam dunia ni duit boleh dicari. Mana ada kesungguhan dan keinginan di situ ada kejayaan. Yang penting hati dan sikap seseorang. Aku selalu ingat pesan mak aku. Tapi sampai sekarang pun aku hidup seorang lagi. Aku tak pernah memilih. Yang penting dia boleh terima aku yang begini seadanya aku.

Banyak nya aku melalut. Bukan nak mencari simpati tapi lepas baca apa yang ditulis oleh faisal si budak jawe tu teringat pulak sifat manusia ni dan dengan tak sengaja dikaitkan pulak dengan diri sendiri. Tu la..... Kadang cerita yang seperti itu boleh menyedarkan kita tentang kehidupan.

Pasal diri aku dan masalh yang melanda ni, aku lagi heran. Aku ni bukan ada kecantikan untuk dimegahkan, bukan ada harta untuk dibanggakan tetapi apa sangat la yang nak dikejar oleh si penyihir tu terhadap aku. Aku ni seorang yang biasa dan humble. Hari ni aku rasa macam tak sihat sangat. Masa tengah berjalan nak datang keje tadi aku tiba2 rasa macam nak pitam. Aku terpaksa duduk sekejap. Apa nak jadi dengan badan aku ni. Malam aku tido tak lena. Memang susah sangat nak tido kalau belum pukul 3 pagi. Eye bag aku dah lebam. Dah ramai orang sekeliling aku tegur aku. Tapi apa aku nak buat. Mata aku susah nak pejam. Payah la sesangatnya. Kalau letih sangat pun pukul 1 pg baru aku boleh tido.

Kadang2 aku tengok tv sensorang aku rasa bosan. Tapi kalau aku buat2 tido, aku rasa macam membodohkan diri aku jer. Macam mana nak handle masalah ni pun aku tak tahu!!

Caiyok!

Monday, July 10, 2006

Why all this happened to me!!?

Photobucket - Video and Image Hosting


Sedikit pasal bola!!

Today i have nothing to say... i feel very very sleepy. Semalam tengok bola. Italy dah jadi champion of the world kali ni! Hahahhaha... Jangan marah aaaa... Sapa yang dok membetting kan diri tu mesti ramai yang kalah teruk kalau pilih Perancis. Erms... tanggung la korang sapa suh betting dah tau dosa. Bess giler gi nengok bola kat kedai mamak! Ramai giler orang! So gamat la suasana.

Sebenarnya nak bercerita pasal ntah la. Aku dah blur! Dah rasa kosong dah kepala. Tadi pagi aku pegi interview kat kepong. Aku nak kena tukar keje dan nak kena pindah rumah. Nak lari dari orang yang telah memBOMOHkan aku. Sebab dia tahu mana tempat keje aku dan mana umah aku! RIsau gak! oRang macam tu bukan boleh wat main. InsyaAllah kalau ada rezeki aku dapat la agaknya keje tu. Aku berharap pun semoga aku dapat keje tu sebab company provide umah. Bess giler. !! Jimat la kewangan aku!

Aku nak kena ubah sikit cara idup aku. Kena lebihkan lagi ibadat! Dah banyak menda aku aku dah tinggalkan macam baca Yassin. Selalu dok sebut takder masa. Aku kadang2 bingung gak ngan diri aku ni. Last week aku ada jumpa sebotol aku yang warna kuning dalam botol mineral kecik tu kat area tepi pintu umah aku. Tersorok sikit. Seingat aku sebelum ni takder menda alah tu. Aku ada terbukak air tu last week, bau dia YA Allah... busuk sesangatnya. Sapa la plak nak mendajal aku. Lepas aku tercium bau tu dekat seminggu jugak aku muntah2. Penat aku. Letih aku! Risau aku memula. Aku amik buang jer air tu dan botol tu aku buang! Mana la agaknya datang air tu. Tak pernah aku simpan air2 kotor ni. Aku risau jugak. Sesapa ada idea menda alah tu tolong la bagitau aku. Heran bin ajaib jugak aku ni. Macam lain macam jer.

Aku ingat nak bawak simpulan kain hitam yang aku jumpa tersorok dalan almari umah tu kat ustaz tu. Aku nak tengok menda apa la tu. Heran jugak aku ni! Dah 2 dah aku jumpa. Nak buang tak tentu pasal, risau aku. Kan salah buangkan jadi menda lainplak. Apa pendapat korang?

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku ingin hidup aku kembali macam biasa sebelum ni. Sebelum ni aku seorang yang happy go lucky. Senyum, melawak dan ketawa. Tapi sejak dua menjak ni aku jadi cepat marah plak. Aku jarang nak marah2 orang tak tentu pasal ni. Aku nak jadi diri aku yang dulu. Yang sentiasa tersenyum.

Doakan aku wahai kawan2. Aku perlukan doakan kawan2 jugak dalam menempuh menda2 ni semua. Terima kasih.


C ya!!

Wednesday, July 05, 2006

Headache, Stomachache, Dizzy ~ all in one~

These 2 - 3 days i feel so tired. Rasa letih, pening, sakit kepala, sakit perut. Adoii.. if anything can be done, aku nak patah balik ke 4 tahun lepas sebelum aku kenal budak bernama 'pendek' dan jauhkan diri dari dia. Aku terseksa kerana perbuatan syirik dia. Kenapa dia perlu ikat hati aku yang sebelum ni memang aku sayangkan dia. Kenapa dia perlu kunci hati aku? Kenapa dia perlu buat semua tu. Ada sesapa yang ada jawapan untuk semua ini? DIa kunci hati aku untuk terus kasihankan dia, suka dia, sayang dia.. Perlu ker semua itu??

Aku dah berubat. Cuba untuk berubat lagi untuk buang terus dia dari ingatan aku. Untuk terus membenci dia.

Aku nak balik kampung jumpa mama. RIndu giler ngan mama. Mama, anakmu ini perlukan belaian mesra dan manja mu. Aku akan balik kg dalam bulan ni. Jumpa mama dan abah. Jumpa adik2. Semoga aku tak ingatkan dia lagi.

Dah la tak daya aku nak menulis. Lain hari ada masa senang aku tulis/...

Monday, July 03, 2006

Bahagia dalam keresahan!

Bagaimana untuk memastikan kita dapat mencapai impian sekiranya ada sahaja halangan yang mendatang. Halangan yang tak dapat kita tahan kerana halangan itu datang dari pihak ketiga. Tahun 2006 ni agak mencabar bagi aku. Terlalu banyak dugaan yang aku lalui. Dugaan yang aku rasa agak mencabar minda dan perasaan. Bagaimana agaknya reaksi anda kalau anda menghadapi situasi yang aku lalui sekarang. Situasi kegentingan, situasi yang terlalu mencabar untuk aku menhadapinya seorang diri. Aku keletihan dan kepenatan untuk mengharungi segala ini dan aku terpaksa mengharungi nya kerana aku mempunyai rasa sayang dan kesetiaan yang agak kuat. Sayang dan kesetiaan aku ini membolehkan aku terus menghadapi semua ini dengan tabah. Ketabahan ini aku harap dapat menjadikan aku insan yang matang. Pengalaman ini aku harap dapat mengajar aku tentang kehidupan. Kehidupan yang telah aku lalui 27 tahun dan aku masih merasakan aku yang tertinggal dan ada yang masih aku kejar. Tak seperti kawan2 aku yang disaat mencapai usia 27 tahun semua nya sudah mendapat atau merasai impian yang mereka cari iaitu kerjaya yang digemari, keluarga yang bahagia, anak yang menceriakan dan suami yang mendamaikan. AKu juga inginkan semua itu tetapi aku masih tidak pasti kenapa semua ini masih kelam. Ku temui sinar tapi agak malap untuk terus menyinari kehidupan aku. Aku harap satu hari ini ada penyelamat yang datang untuk menyelamat kan sinar ini dari terus padam.

Walaupun begitu kehidupan yang aku lalui aku tetap bersyukur pada mu YA TUHANku kerana menganugerahkan aku dengan keluarga yang bahagia, ibubapa yang sayangkan anak2nya, ibubapa yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka dan adik2 yang amat mendamaikan dan memahami. Rasa seperti ingin terus berada dalam kehidupan begitu dengan keluarga tapi sampai bila kerana aku perlu mempunyai keluarga sendiri. Aku harapkan keluarga yang aku impikan akan sama seperti keluarga yang aku perolehi sekarang.

Aku tetap terus berdoa padamu YA TUHAN ku untuk memberikan aku sinar yang lebih terang dan bertenaga untuk mengharungi kehidupan aku yang penuh liku. Liku 2 yang di iringi oleh curam2 yang bahaya jika tidak berhati. Aku tidak menginginkan sesuatu yang keterlaluan tetapi aku cuma inginkan kehidupan yang sempurna. Kehidupan yang dikelilingi oleh kebahagian. Aku bukan mengdambakan kekayaan cuma kebahagiaan.

Hari ini aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berbahagia kepada sahabat aku FEEDA. Semoga dirimu terus disinari dengan cahaya. I LOVE U BUDDY.

DOAKANLAH KEBAHAGIAAN AKU!!!

WASSALAM..