Friday, October 26, 2007

Hati.. Bagaimana Cara MenenangkanMu!!

Dah lama tak jot down something here. Busy with work.. work... work.. work! Hadirlagi cerita aku disini malam ini kerana hati aku sangat sakit.. sangat geram... mengapa dia yang bergelar lelaki tidak pernah pandai untuk menjaga secubit cuma hati seorang gadis. Susah ker nak jaga hati perempuan. Aku tak cerewet macam sesetengah perempuan. Aku tak pernah meminta, aku tak memaksa cuma apa yang aku ingin ialah sedikit pengertian untuk memasukkan aku dalam satu agenda seharian dia. Susah ker? Kalau dia ada 10 agenda aku hanya ingin berada dalam satu agenda sahaja... bukan semua agenda... susah lagi ker?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Penat sudah rasanya aku mencuba untuk melembutkan hatinya yang beku? Bibir dan perilaku menunjukkan penerimaan nya tapi cara bertindak tidak melambangkan penerimaan. Dah ku cuba lakukan yang terbaik. Tapi tak nampak penghargaan... tak nampak kemajuan... Kenapa dingin sangat hatimu sayang!? AKu tahu kau menerima tapi kau cukup bodoh dalam memperlihatkan penerimaan dengan perlakuan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Benar kata orang.. disebalik keindahan cinta tersembunyi duri yang menyakitkan. Tapi kenapa keindahan perlu bersulam kan kesakitan. Tidak bolehkan smua keindahan disulamkan dengan kebahagiaan. Kini aku masih mencuba untuk menumpulkan semua duri yang tajam dengan sabar tapi semuanya terlalu perlahan. Kudratku sudah hampir kepenghujung tapi aku masih cuba untuk gagahi nya dengan saki baki kekuatan yang ada. Entah bagaimana akhirnya??

AKU CUMA INGIN BAHAGIA!!