Monday, May 29, 2006

Dapatkah Melupakan!

Photobucket - Video and Image HostingDapatkah kita melupakan insan-insan yang pernah singgah di hati kita? Dapatkah kita membiarkan saja setiap kali kenangan-kenangan itu kembali menerpa dibenak? Biarpun bagaimana perpisahan terjadi samada kita ditinggalkan atau kita meninggalkan, hakikatnya kenangan itu tak mungkin akan lenyap begitu saja. Ia akan tetap bermain di fikiran kita walaupun beribu kali sudah kita cuba menghalaunya. Walaupun apa yang kita rasa pedih, kecewa, duka, suka, gembira atau perit, kenangan bersama insan2 ini tak mungkin hilang semudah yang disangka terutama sekali jika perpisahan itu terjadi bukan dari kita.

Adakala rindu datang menjenguk, Tidak kiralah rindu itu datang dalam bentuk yang macam mana sekalipun. Rindu juga seperti kenangan, tidak dapat disingkirkan dengan mudah. Malah kadang kala rindu lebih membuatkan kita terseksa lebih dari kenangan. Jika kita fikirkan, jika ada kenangan maka adalah rindu. Rindu yang menyesakkan kadangkala membuat kita tidak dapat berfikir dengan jelas. Kewarasan kita sudah luput sedikit apabila ini semua sekali. Sesukar mana kenangan itu dicipta, sesukar itulah juga ia sukar dilupakan.

Walau sejauh mana kita cuba mengasingkan diri, kenangan2 itu tetap bersemadi. Bukan tidak cuba melupakan tetapi ia tetap mengganggu lena dan ketenangan hati kita. Bukan tidak cuba untuk mengelakkan dari berfikir tentangnya, tetapi apabila ia tiba tak dapatlah lagi untuk kita menghalangnya.

Sungguh sukar untuk membunuh kenangan. Kerana kenangan kita menangis. Perasaan menjadi nanar dan tidak keruan. Hati menjadi sukar untuk mencari kewarasan fikiran. Jiwa menjadi kosong. Rasa seperti ingin menjerit kepada seluruh alam apa yang kita rasa. Terasa ingin melepaskan semua supaya hati tidak lagi sengsara. Maka untuk cuba menyingkirkan apa yang dirasa kita menangis. Tetapi setelah menangis, puas pula kita menyeka air mata yang mengalir, namun ia tetap tumpah jua. Puas kita berdoa pada yang Esa agar semua kenangan ini dijauhkan dari kita kerana tidak sanggup menanggung kesengsaraan perasaan. Bermohon semoga diri diberi kekuatan untuk meneruskan hari esok dan seterusnya dengan semua kenangan dan kerinduan yang ada dalam hidup kita.
***********************************************
Telah dikumpulkan seribu kekuatan tetapi jasad sudah tidak berdaya.

Betapa peritnya sebuah perpisahan. Namun ada yang memilih perpisahan. Samada perpisahan itu disebabkan oleh pihak ketiga, kehendak diri sendiri atau halangan yang lain, namun ia tetap menyakitkan dan menyeksakan.Tidak takutkan mereka untuk mengharungi hari2 yang mendatang tanpa mengharungi yang tersayang?

Aku lemah bila ditinggalkan dan rasanya tidak mampu untuk menjalani hidup yang terbaik tanpa kehadiran orang yang disayangi. Kekadang aku tiada jawapan untuk soalan yang muncul di kepalaku. Soalan2 yang muncul itu hanya menjadikan aku insan yang hilang kata2. Andai dapat kuhentikan semua soalan2 yang menhimpit jiwa dan perasaan ini, ingin ku hentikan semuanya sekarang!.

Kekadang aku menjadi lesu untuk melawan perasaan aku sendiri. Walaupun akalku sedar bahawa kadang2 perpisahan itu lebih baik daripada bersama. Tetapi apabila keserasian sudah tiada lagi, maka perpisahan adalah penyelesaian yang terbaik untuk dilakukan. .. Tapi sungguh tidak sanggup untuk aku berpisah!!

**********************************************

Sudah ku atur langkah untuk pergi.... pergi menjauh... meninggalkan semua ini tapi tak sanggup rasanya kerana di dalam hati aku masih ada sisa2 keikhlasan dan kasih sayang terhadap semua insan disekelilingku...........

BAGAIMANA?????

Thursday, May 25, 2006

Heard, Saw, Seen Hear !!!

Photobucket - Video and Image HostingKekadang kita manusia ni kerap kali mencari kesalahan orang lain tapi tak nampak kesalahan diri sendiri. Kadang2 kita terlalu mengeji orang sampai kita terlupa untuk menilai diri sendiri. Kekadang kita terlalu memuji diri sendiri hingga kita terlupa untuk menoleh melihat kelebihan orang lain.

Bukan kita perlu memuji, menyesali atau mengeji diri sendiri tapi dengan menoleh dan melihat kelebihan dan kekurangan orang lain kita dapat mengajar diri kita tentang kehidupan. Mengajar diri kita bagaimana untuk lebih menghargai diri sendiri. Mengajar diri kita untuk lebih sabar dalam mengharungi dunia hari ni.

Aku bersyukur kerana diberi peluang oleh syarikat untuk mengikuti kursus yang begitu excellent. That was the very extraordinary course that i ever attended before. Kursus ini mengajar aku untuk melihat ke dalam diri sendiri. Mengajar untuk mengkaji diri sendiri. They teach me how i can dig inside and find my inner strenght somewhere deep inside. Sebelum ni aku tidak pernah mencuba untuk mencari kekuatan dalaman diri aku apatah lagi untuk mencari dan mengerti tentang kehidupan seharian. Selama ini aku hidup dengan sekadar menjalani hidup aku dengan apa yang ada, apa yang aku mampu dan tidak mencuba untuk melakukan yang paling terbaik sekadar yang baik sahaja.

Aku berterima kasih kepada diri aku kerana menyedari dan memahami erti kehidupan sebenar sekarang. meneliti ke dalam diri sendiri dapat menyedarkan anda betapa bertuahnya diri anda berbanding dengan diri anda sendiri.

Tuesday, May 16, 2006

seniority, profesionality...etc

Pernah kah anda rasa marah, geram, menyampah dan sebagainya terhadap sesuatu atau seseorang.Itulah yang aku rasa saat ini. Jenis diri aku ni tak dapat nak menyembunyikan apa yang saya rasa kerana saya bukan jenis orang yang hipokrit dan berpura2. Biasanya aku akan luahkan apa yang aku rasa. Begitulah juga dengan kes yang aku hadapi sekarang. Tapi benarlah...seperti yang kita lihat dan perhatikan dalam kehidupan seharian kita, manusia sukar menerima teguran orang lain apatah lagi kalau teguran atau pertanyaan itu adalah kebenaran yang sebenarnya. APa yang kita harus letak pada orang yang sebegini? Seperti yang aku tulis sebelum ini....aku ingin jadi seperti adlin aman ramli yang jujur dalam berkata2 dan ikhlas dalam bercakap.... tapi setelah aku berkata kebenaran aku dicela sperti yang berlaku pada MAwi... apabila dia jujur dia dicela dan diperkatakan... Itulah yang aku hadapi.

kepada yang berkenaan -> http://www.myspace.com/dymnet

Ko ni kan cuba la profesional sikit... benda2 peribadi buat apa nak campuradukkan kat ofis.. dok hempas2 barang cam tu.. apa la... kalau product request tu dah isi kasi la aku.. tu kan keje aku... buat apa ko nak ego sangat!

ko ada tulis kat aku pasal pantang orang pangai cam aku kan! aku takder pantang larang apa sebab aku tak heran ngan orang! sebab ko ada pantang yang ko emo sangat kan! lain kali tak yah la ada pantang larang tu. sian kat ko emo sorang2. aku mana ada emo aku cuma menyatakan ketidakpuasan hati aku. tu jer.

elok2 aku dah diam.. dah leh tego ko sikit2 ko buat perangai laks... dok perli2 aku buat apa. secubit pun aku tak heran... bukannya aku ada hutang ngan ko seduit... ko tu yang hutang terima kasih ngan aku adala. bukan mengungkit tapi ingat mengingati... pasal tumpang aku, pasal ajar ko komputer nasib baik aku tak sempat nak ajar bahasa inggeris kat ko. ko takkan tak perasan bahasa inggeris ko yang lintang pukang tu, at least aku elok skit la.. kurang2 family aku speaking. kurang2 bapak aku pegawai bank, kurang2 mak aku keje bank, kurang2 adik badik aku semua bagus2, keje bagus2, belaja bagus, malas nak senarai semua banyak sangat... kang ko tak larat nak baca lak! bukan nak ego nak ingatkan ko jangan pandang orang sebelah mata, nanti orang pandang ko jeling jer tau! bahasa inggeris ko level adik aku yang darjah 4 jer kalau ko nak tau. ko ingat orang kat opis tu ada masa nak layan kerenah ko. ko baru nak sedar ker ko tu baru 25, sebelum ni ego sangat macam dah umo 30. pengalaman idup ko ngan aku jauh berbeza... aku dah tempuh macam2. takat pangai cam ko ni dah berlambak aku jumpa... ko ingat selama ni orang buat tatau tu orang suka ngan pangai ko tu, cuma orang malas nak layan. ikut jer la... aku bukan nak menulis sangat kat sini tapi since ko dah perli aku semalam kan so aku tulis la apa yang berbuku. dari aku sabar jadi tak sabar cam ni. ko ni kan emo sangat la. aku mana ada emo. mana ada nangis2. sebab hati aku ni keras... tau tak??!

nak tunjuk sedih kat manager ker tetiba bila dorang masuk ko nangis. Perluker semua tu! aku tak heran ni.. bapak lebih dari mampu tanggung aku... dia keje besar, gaji besar.... tapi aku malas nak nyusahkan dorang.... aku budak bandar la aku ada profesionality, mana ada aku hempas2 barang ker aper ker.... masa keje2 la. takder aku nak perli2 ko. ada aku tarik muka kat ko, paling kuat aku buat tatau jer.... tatau la plak kalau budak kampng cam ko ni memang pangai cam tu.

Daripada dok perli2 aku macam tu baik ko suh jer COngo Kesayangan tu call aku terus kan senang... Oppsss lupa.... mana boleh kan nanti ko jeles plak. tapi daripada dok perli cam tu aku tak berasa sikit pun so kalau nak buat aku berasa suh jer congo call aku lagi senang. Suh dia marah ker aper ker.. kalau dia nak marah la...

okla... kalau aku ngikut ko ni.. dengan aku2 jadi bodo. ok la... ikut ko la tapi jangan sampai nyusahkan aku sudah la.... aku buat keje aku sudah...

Monday, May 15, 2006

Chatz with Gmail

Good news for Gmail users.. theres NEW FEATURES that allows us to chat with the email. Somemore can chat with the sounds and pics on it. That sound nice right! For me its great coz my work place didnt allows staff to have any software for chatting. This one we just need to have a friends with gmail accounts and we can chat with them... Very nice!! Love it very much!!

Hari ni ada seminar lagi... Seminar untuk products... so kena la tunggu office. Since i can claim for OT's there no reason i cant stayback for the seminar.

ERms.....What is happening now? I feel like i do hate what i feel these two three days. Hated something happened here!!

*Miserable Me*

Photobucket - Video and Image Hosting

Semenjak dua ni, makin kuat pulak aku isap rokok. APa nak jadi pun tak tahu! Tapi rokok dapat membuatkan aku lupa seketika masalah2 aku yang mendatang. Ia juga dapat menenangkan aku daripada keserabutan fikiran yang aku alami.

Photobucket - Video and Image Hosting This is my miserable condition.

Monday, May 08, 2006

~~Soulmate~~

Tekezut jugak on Sunday morning(5.30am), suddenly my soulmate sampai... apa cerita.. so.. the next evening... ajak dia gi tengok wayang!! tengok citer MAN LAKSA (lakonan Yasin, Sharifah ALeya arahan Mamat Khalid). Beli tiket kul 4.40petang. Mula2 pegi kul 3.30petang, tiket abis tapi kami tetap tak putus asa. kami cuba lagi pukul 4.10 minit mana tau ada booking ticket tak collect lagi. FUh! nasib baik ada!! Lepas beli tiket!! sementera menunggu time tiba, kami pi la jalan2 sekeliling times square tu. tiba2 cik abang sorang tu ternampak jam offer RM100++. apa lagi beli la dia.... pastu aku beli beg satu.... pastu gi nengok wayang. sejuk giler dalam tu...

citer pasal filem MAN LAKSA... bes giler citer ni. lagi best pada citer Bujang Senang! Soulmate aku kasi 4star. Aku kasi 4 star jugak sebab soulmate aku ni susah nak gelak tapi disebabkan cerita ni dia boleh gelak terbahak2 dari start cerita sampai abis.. soulmate aku ni cerewet giler pasal citer melayu, jarang la dia nonton cerita melayu tapi dia leh kasi 4 star kat MAN LAKSA. aku pun terkujat jugak.... aku nengokkan reaksi dia kan kan !!

pastu balik pi pasar malam lak!! beli nasi 2 bungkus ngan ayam percik (favourite dia la tu)... balik melantak kat umah!!

okay la .. tu jer la kenangan di hari minggu !! kekekekke....

love u soulmate!!

Friday, May 05, 2006

very the copier!!

ari ni ada ot... maleh benarnya sebab badan tak sihat.. demam ni.. aiyak!! tapi ujung bulan dapat duit lebih musti bess....ari ni paling malas... badan letih gile. cam nak pengsan jer. pala sakit pening sapa nak amik tau. keje lambak2. keje yang tak sepatutnya buat pun kena buat. aduiii.. la... unfair... bulan2 masyuk ciput tapi work lebih pada yang dapat lebih. mana tahan beb!!

aku pun tatau la sampai tahap mana dah kesabaran ni. macam nak meletup jer ari2 kat opis. ari ni courier datang lagi, tambah la 30% kerja nak kena buat. aduii la... aper masalah ni! semua letak kat sini!! kang tak buat kang kena soal lak.. so kena buat la walaupun slow2...

aku ingat nak balik awal sikit ot ari ni sebelum balik nak surfing jap.... tapi dah lambat surfing sebab orang lain dah booking!! tak kisahla tu kan...

lepas2 kes kantoi pasal skype kat office ari tu.... babybos tu asyik datang lepak kat pc tu jer. sat sat dia scan.. sat2 dia cek... tapi tak perla harta dia.. tak hadap sangat pun. ada makhluk lain dok hadap gamaknya!! semua nak dihadapnya.. hadap la sangat!!

ntahla... dah tatau aku nak komen situation kat sini... kadang2 rasa okay!! kadang2 rasa tak ok... aku pun tatau nak buat camana!! kadang2 bosan pun ada .. bosan ngan pe^el2 yang ntah apa2 ntah!! buat aku tension... kadang2 rasa macam nak menjerit sekuat hati .. rasa macam nak tempeleng one by one.. tapi sapalah aku hanya orang cabuk... (tapi dalam hati aku rasa aku paling bess - tak gitu minah senget.

kepada minah senget. apa2 pun hang yang paling bess.. selalu cool jer.. aku tabik spring la kat coolen ang tuh.. memang bess la.. ang memang cun punya!! aku kadang2 try gak nak jadi cool tapi tau la kan... keperengusan aku ni kadang2 membuatkan aku tak cool. tak gitu minah senget (tuan dia paham kut aku tuju kat sapa)....

aku pun nak buat aku tak heran kat orang. heran apa ngan orang kalau aku rasa kau lagi baguih pada orang.. tui dak! kalau aku rasa aku tak cukup baguih memang patut la aku heran... tui dak!! buat masa ni aku rasa aku baguih la walaupun tak baguih!! hahahah --!! perasan ni....

ok la.. dah nak balik... malas nak tunggu da!! nak kematu dah bontot aku ni!! korang layan la semua yang hitam2 tu !!!

bye see ya

Thursday, May 04, 2006

Bertemu tanpa bersua, berkata tanpa bersuara!!

Photobucket - Video and Image Hosting
Petikan dari Hello-Bebeh

Perempuan dikatakan cantik bila memiliki tubuh yang big size (pada abad 17 & 18. Seandainya diberikan pilihan, ingin rasanya dilahirkan pada abad ini, dimana seorang gadis yang bertubuh besar menjadi tumpuan dan idaman. Tak perlu mengemis kasih demi sebuah cinta.

Namun masa berlalu. Setiap kali saya didatangi lelaki, setiap kali itu saya ditinggalkan pergi. Bertahun,hidup dalam kekecewaan.... Tetapi walau kekecewaan demi kekecewaan datang menjelma, hari-hari yang saya jalani tetap saya jalani dengan positif. Kerana bukan bodoh, dalam kekurangan saya, saya berjaya mara ke menara gading. Dan saya takkan hancurkan mara depan saya hanya kerana cinta lelaki...

Saya sedar sekarang, sebelum mencintai orang lain, kita sebenarnya perlu mencintai orang lain, kita sebenarnya perlu mencintai diri sendiri dan jangan sesekali lakukan perkara yang boleh menghancurkan hati orang yang banyak berjasa pada kita. Kerana cinta, manusia boleh bahagia tetapi lebih dari itu, cinta lebih banyak membawa kehancuran.

Saya belum berputus asa dengan cinta. Saya cuma punya sekeping hati yang penuh dengan cinta, kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan sejarah hitam untuk dipertaruhkan tapi biarlah dengan orang yang benar2 boleh mencintai saya kerana diri saya sebenarnya dan biarlah dia lelaki yang dapar membimbing saya dekat kepadaNYA yang MAHA ESA. Dan bukan sesar ke 'jalan mati' kerana asya PEREMPUAN dan dia LELAKI

Monday, May 01, 2006

Dedicated To NagaXP _Cinta Seorang Teman

After what we have discussed today... so i dedicated specially for u this song.

Lirik lagu Bob - Cinta Seorang Teman
Dulu engkau kukenali
Tak pernahpun sedar
Dari mata yang memandang
Penuh pengertian

Tapi saat itu telah berubah
Dipersimpangan usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan

Telah kucantumkan semua
Impan bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua

Namun apakah erti bila
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu selalu
Agar disini


Korus:
Duhai teman bisakah kau fahami
Sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mengujudkan kenyataan
Tak sanggup kehilangan mu

Ohh..

Telah ku cantumkan impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua
Namun apakah erti bila keinginan telah terlanjur
Lalu menganggu sanubariku

Uuhh..yeahh

Bridge:
Kucubakan bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukkan mu
Puisi indah yang nyatakan
Kata dirnduku
Masa yang berlalu meragui
Seluruh harapanku kini
Mengapakah bertanya dimana kesudahan kita

Korus:
Duhai teman bisakah kau fahami
Sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mengujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu