Bahagia dalam keresahan!
Bagaimana untuk memastikan kita dapat mencapai impian sekiranya ada sahaja halangan yang mendatang. Halangan yang tak dapat kita tahan kerana halangan itu datang dari pihak ketiga. Tahun 2006 ni agak mencabar bagi aku. Terlalu banyak dugaan yang aku lalui. Dugaan yang aku rasa agak mencabar minda dan perasaan. Bagaimana agaknya reaksi anda kalau anda menghadapi situasi yang aku lalui sekarang. Situasi kegentingan, situasi yang terlalu mencabar untuk aku menhadapinya seorang diri. Aku keletihan dan kepenatan untuk mengharungi segala ini dan aku terpaksa mengharungi nya kerana aku mempunyai rasa sayang dan kesetiaan yang agak kuat. Sayang dan kesetiaan aku ini membolehkan aku terus menghadapi semua ini dengan tabah. Ketabahan ini aku harap dapat menjadikan aku insan yang matang. Pengalaman ini aku harap dapat mengajar aku tentang kehidupan. Kehidupan yang telah aku lalui 27 tahun dan aku masih merasakan aku yang tertinggal dan ada yang masih aku kejar. Tak seperti kawan2 aku yang disaat mencapai usia 27 tahun semua nya sudah mendapat atau merasai impian yang mereka cari iaitu kerjaya yang digemari, keluarga yang bahagia, anak yang menceriakan dan suami yang mendamaikan. AKu juga inginkan semua itu tetapi aku masih tidak pasti kenapa semua ini masih kelam. Ku temui sinar tapi agak malap untuk terus menyinari kehidupan aku. Aku harap satu hari ini ada penyelamat yang datang untuk menyelamat kan sinar ini dari terus padam.
Walaupun begitu kehidupan yang aku lalui aku tetap bersyukur pada mu YA TUHANku kerana menganugerahkan aku dengan keluarga yang bahagia, ibubapa yang sayangkan anak2nya, ibubapa yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka dan adik2 yang amat mendamaikan dan memahami. Rasa seperti ingin terus berada dalam kehidupan begitu dengan keluarga tapi sampai bila kerana aku perlu mempunyai keluarga sendiri. Aku harapkan keluarga yang aku impikan akan sama seperti keluarga yang aku perolehi sekarang.
Aku tetap terus berdoa padamu YA TUHAN ku untuk memberikan aku sinar yang lebih terang dan bertenaga untuk mengharungi kehidupan aku yang penuh liku. Liku 2 yang di iringi oleh curam2 yang bahaya jika tidak berhati. Aku tidak menginginkan sesuatu yang keterlaluan tetapi aku cuma inginkan kehidupan yang sempurna. Kehidupan yang dikelilingi oleh kebahagian. Aku bukan mengdambakan kekayaan cuma kebahagiaan.
Hari ini aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berbahagia kepada sahabat aku FEEDA. Semoga dirimu terus disinari dengan cahaya. I LOVE U BUDDY.
DOAKANLAH KEBAHAGIAAN AKU!!!
WASSALAM..

2 Comments:
Yang nampak kelam itu bukan semestinya jauh daripada anda. Yang nampak cerah itu tidak semestinya sentiasa menerangi anda. Dan, yang di genggaman itu tidak semestinya kekal sentiasa. Saya sudah lalui semuanya.
Salam kenal dari Oksigen. Dan, selamat berbahagia
Berbahagia.. masih tak jumpa dan kenal apa sebenarnya kebahagiaan... APa sebenarnya itu semua!! Ntah la susah nak cakap dan terangkan. Oksigen doakan moga saya bahagia okay... InsyaAllah..
Thanks for ure comments
Post a Comment
<< Home