Monday, July 10, 2006

Why all this happened to me!!?

Photobucket - Video and Image Hosting


Sedikit pasal bola!!

Today i have nothing to say... i feel very very sleepy. Semalam tengok bola. Italy dah jadi champion of the world kali ni! Hahahhaha... Jangan marah aaaa... Sapa yang dok membetting kan diri tu mesti ramai yang kalah teruk kalau pilih Perancis. Erms... tanggung la korang sapa suh betting dah tau dosa. Bess giler gi nengok bola kat kedai mamak! Ramai giler orang! So gamat la suasana.

Sebenarnya nak bercerita pasal ntah la. Aku dah blur! Dah rasa kosong dah kepala. Tadi pagi aku pegi interview kat kepong. Aku nak kena tukar keje dan nak kena pindah rumah. Nak lari dari orang yang telah memBOMOHkan aku. Sebab dia tahu mana tempat keje aku dan mana umah aku! RIsau gak! oRang macam tu bukan boleh wat main. InsyaAllah kalau ada rezeki aku dapat la agaknya keje tu. Aku berharap pun semoga aku dapat keje tu sebab company provide umah. Bess giler. !! Jimat la kewangan aku!

Aku nak kena ubah sikit cara idup aku. Kena lebihkan lagi ibadat! Dah banyak menda aku aku dah tinggalkan macam baca Yassin. Selalu dok sebut takder masa. Aku kadang2 bingung gak ngan diri aku ni. Last week aku ada jumpa sebotol aku yang warna kuning dalam botol mineral kecik tu kat area tepi pintu umah aku. Tersorok sikit. Seingat aku sebelum ni takder menda alah tu. Aku ada terbukak air tu last week, bau dia YA Allah... busuk sesangatnya. Sapa la plak nak mendajal aku. Lepas aku tercium bau tu dekat seminggu jugak aku muntah2. Penat aku. Letih aku! Risau aku memula. Aku amik buang jer air tu dan botol tu aku buang! Mana la agaknya datang air tu. Tak pernah aku simpan air2 kotor ni. Aku risau jugak. Sesapa ada idea menda alah tu tolong la bagitau aku. Heran bin ajaib jugak aku ni. Macam lain macam jer.

Aku ingat nak bawak simpulan kain hitam yang aku jumpa tersorok dalan almari umah tu kat ustaz tu. Aku nak tengok menda apa la tu. Heran jugak aku ni! Dah 2 dah aku jumpa. Nak buang tak tentu pasal, risau aku. Kan salah buangkan jadi menda lainplak. Apa pendapat korang?

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku ingin hidup aku kembali macam biasa sebelum ni. Sebelum ni aku seorang yang happy go lucky. Senyum, melawak dan ketawa. Tapi sejak dua menjak ni aku jadi cepat marah plak. Aku jarang nak marah2 orang tak tentu pasal ni. Aku nak jadi diri aku yang dulu. Yang sentiasa tersenyum.

Doakan aku wahai kawan2. Aku perlukan doakan kawan2 jugak dalam menempuh menda2 ni semua. Terima kasih.


C ya!!

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Apa saja benda pelik yang awak jumpa tuh mmg patut dirujuk kpd ustaz.

Sy juga sokong langkah awk untuk tukar kerja dan pindah rumah.

Sentiasa yakin bahawa kuasa Allah melebihi segalanya. Dan jangan putus asa untuk terus berikhtiar memulihkan diri awak dari kejahatan sihir tu.

Be positive.

Lagi satu..,

ITALI Juara...
Yeaaahhhooooooooooooooooooooooo

9:18 AM  
Blogger Acaii Jawe said...

slm wak..first skali...yess, italy juara...bestnya perasaan nih...hihi..

kedua, sy rase awk kena berhati2 ngan perkara camtu,jgn terlalu pandang ringan dan jgn terlalu takut hingga melebihi Allah...

lagi satu biasakan baca ayat kursi pagi tenghari, petang dan sblm tido sbb ia bleh jadi pendinding kita...

jgn lupa baca bismillah sblum minum or makan...dan yang penting if bleh biar rumah tu dgr bacaan ayat2 quran at least seminggu skali..

kekadang hati org yang berkecamuk dan tak tenteram lebih mudah nk di masuki benda2 halus spt jin dan sebagainya...

just my 2 cent..

slm kenalan...

10:57 PM  
Blogger Ariza & Wan said...

thanks faisal.... thanks for your advice. InsyaAllah...

salam perkenalan juga~

~wink~

3:56 AM  

Post a Comment

<< Home