Dah Terjawab semua Persoalan!!
Terjawab segala persoalan terhadap semua tindakan bodoh aku selama setahun lebih ini. Persoalan yang selalu menjadi tanda tanya pada aku atas perbuatan aku yang sia2. Dah terlalu lama aku buang masa untuk orang yang tak perlu. Dah terlalu banyak wang yang abis kepada orang yang tak sepatutnya.
Anda percaya pada bomoh ~perbuatan syirik ke atas seseorang~
Hahahha aku dah terkena! Patut la selama ni aku rasa macam ada yang tak kena. Kena belasah sampai masuk spital pun leh maafkan lagi. Leh sayang lagi. Leh suka lagi. Memang kalau pikir pakai otak sendiri pun rasa macam ada benda tak kena dengan aku tapi hati aku kata lain. Ustaz tu cakap dia ikat hati aku. Ermss.... napa la aku tak pi berubat awal2 dulu lagi!
Bayangkan masa aku pi nak jumpa ustaz tu dada aku macam nak pecah dia punya berdebar2. Rasa terkilan lain macam jer. Macam ada tak kena. Nasib baik madi yang bawak aku, kalau aku pegi sendiri mau aku lari balik! Ntah la!
Aku pun heran aku ni bukan cantik dan baik mana pun orang nak berkenan pastu nak buat semua benda ni pada aku. Aku dah letih sangat melayan benda2 tak guna ni. Aku berharap sangat semoga cepat ssikit boleh selesaikan semua ni. Aku nak ubatkan balik apa yang dia buat ngan aku ni. Biarlah yang selebihnya antara dia dengan Allah SWT. Aku cuma nak usahakan semoga penyakit buatan orang ni makin elok nanti.
tak nak ingat kembali memori lama yang menyakitkan hati. Patut la ni selama ni aku hidup umpama hamba pada dia. Pernah dia kerja dekat setahun aku yang tanggung. Kalau diingat balik dah banyak benda aku habiskan dekat dia. Tenaga, duit, kerja, harta.
Kenapa dia ada niat tak baik walaupun aku dah layan dia dengan baik. Aku dah jaga dia dengan baik.
Aku nak lupakan dia. Aku nak mulakan hidup yang baru. Aku nak cari seseorang yang dapat terima aku kerana aku sendiri. Entahlah!! Patutla aku rasa terikat dah lama sangat. Sedangkan dia dah bertunang kenapa dia nak relate aku ngan dia lagi. Tunang nak aku pun nak. Mana boleh?? Ni dah lebih.
Kalau fadley ada baca semua ni. Saya mohon ampun. Skang saya dah tahu punca kenapa dulu kita selalu bergaduh, selalu salah faham. Kenapa hati saya takleh terima awak sepenuh hati. Sebenarnya ada orang buat tak elok pada saya. Maafkan saya lagi skali. Biar saya selesaikan masalah ni dulu dan nanti saya akan selesaikan masalah awak dengan saya (apa lagi yang tertinggal). Bukan saya sendiri nak react macam tu. Ada sesuatu yang paksa saya react macam tu. So sorry kay!
semoga Allah jer yang balas pada dia!