Kehidupan yang bagaimana idaman kita!
Boring!! Boring menghadapi hari2 yang berlalu. Boring menghadapi hari dengan aturan yang sama. Aku juga boring. Boring dan bosan. Aku terasa inginkan sedikit kelainan dalam hidup aku. Kelainan yang mungkin dapat sedikit sebanyak mengembirakan hidup aku. Kelainan yang mungkin dapat mengubah cara aku berfikir, mengubah cara hidup aku aku semakin hari semakin semak serasa aku. Kawan.. aku akui aku ada kawan tapi tak cukup ramai. Aku ada kawan tapi tak cukup rapat. Aku ada kawan yang hanya berkawan. Aku ada kawan yang sekadar berkawan yang hanya dihubungi atau menghubungi ketika ada perkara2 yang penting atau perlu sahaja. AKu tidak mempunyai kawan yang benar2 rapat kerana kadang2 aku lebih suka menyendiri. Sendiri dan tak perlu menyusahkan orang lain. Buat masa ini orang yang paling rapat dengan aku hanyalah MADI (kekasih ada halangan dari keluarga).
Okaylah... aku stop disini dulu. Lain kali aku menulis lagi. Bos dah panggil dah. Ada keje la ni... See ya!!
Memang cinta itu manis tapi disebalik kemanisan perkataan cinta tu tersembunyi seribu satu ranjau dan kesakitan yang ada. Setiap yang bercinta pasti akan merasa sedikit kesakitan. Walaupun sedikit ia tetap terluka.
Dalam dunia percintaan aku rasakan diri aku seperti seorang LOSER! Jika aku bertemu dengan seseorang yang menyayangi aku yang aku benar2 suka pasti ada halangan yang akan menjadi penghalang. Kisah percintaan aku banyak terhalang kerana orang tua. Bukan orang tua aku tetapi orang tua pihak lelaki. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Memang ada ramai yang menyayangi aku tetapi yang pasti aku tak dapat menerima mereka lebih daripada seorang kawan kepada ku. Tetapi kenapa apabila bertemu dengan insan yang benar2 aku cinta dan dapat aku teriam sepenuh hati akan ada halangan yang menanti.
Aku sudah letih. Sudah berkali aku melepaskan si dia pergi kerana orang tua si dia mempunyai calon lain. Sudah banyak kali aku merelakan semua ini dalam diri aku. haruskan aku terus melepaskan si dia pergi lagi kali ini. Haruskan aku pasrah dengan takdir dan keadaan. Atau aku harus terus meletakkan harapan kepada si dia. Aku pun tidak pasti apa yang harus aku lakukan.
Nak ditujukan kepada sesapa yang akan terasa dan mungkin merasa. Cuba kita hayati kata2 dalam pic di atas. JUDGING & BLAMING SELF.. Dengar tu.. cuba kita pikir-pikir kan tentang perangai manusia ni. Kita terlalu kerap malah selalu menyalahkan orang lain tetapi terlalu sedikit melihat kesalahan yang datang dari diri sendiri. Kita terlalu banyak menunding jari pada orang lain. Apa salahnya kalau sesekali kita berhenti sejenak dari menunding jari dan mula belajar menilai diri dari sudut diri sendiri. Bagaimana sikap kita terhadap orang? Bagaimana orang diseliling kita menerima kita? Mengapa kekadang orang menarik muka pada kita? Kenapa kadang2 kita rasa seperti ada orang bercakap tentang diri kita? Semua persoalan ini mungkin datang dari kita. Mungkin ada perkara2 yang kita tidak sedari telah berlaku.
Itulah manusia seperti kita. Aku mengaku aku juga ada menunding jari pada orang lain. Kita manusia tidak lari dari kesalahan. InsyaAllah aku akan cuba untuk menghindari semua ini kerana aku ingin sesiapa saja yang ada disekelilingku merasa gembira apabila bersama denganku. InsyaALllah!..
2 Comments:
kena bomoh ni budak neh!!
nanti aku bomohkan ang pulak! mau!!
hahahhahahahha!!
sayang ko la feeda!
Post a Comment
<< Home