Sunday, June 11, 2006

Cinta dan Luka!

Lewat petang semalam aku agak terkejut apabila aku received a call from auntie 'dia'. My heart beating so much. tapi alhamdulillah. Nampaknya dia tak marah langsung cuma dia bertanya aku samada aku tahu ker tak halangan yang akan aku terima bila bercinta dengan 'dia'. Aku cakap yang aku tahu dan sedia hadapi semua cabaran dan halangan yang menimpa walaupun waktu tu aku sendiri tak pasti samada aku betul2 sanggup hadapi semua ini. Yang pasti aku akan cuba tapi tak tau sampai bila??? Memang aku tak pasti sampai bila aku dapat menerima dan menanggung semua ini!

Semalam i met him. We have a talk. Yup a really serious. and what make me so curious is he did telling me that " sayang! please dont worry.. jangan risau.. i will find a way to get it done!" but i know deep there he dont know what that the hell he need to do. coz he also dont know what to do to confess his mom and change his mom mind.

Please God.. if he really mean to me please make our journey easier and if not then please show me the sign. I dont have much time untuk menantikan sesuatu yang samar2. Aku boleh menanti tapi sampai bila. Aku sudah puas berdoa pada tuhan agar di pertemukan aku dengan jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah ini.

Jika ditanya benarkan aku menyayangi dia. Ya aku menyayangi dia. Menyayangi dia bukan kerna paras rupa atau harta benda tapi aku menyayangi dia kerana diri nya sendiri. Dia amat bermakna dalam hidup aku. Kekadang aku merasakan yang aku amat beruntung dipertemukan dengan dia yang begitu sabar dan penuh keimanan di dada. Sungguh sudah sekian lama aku mencari seseorang yang meyanyangi aku bukan kerana sebab2 lain seperti take advantage on me.

Sepanjang aku kenal dia tak pernah skali dia melakukan sesuatu yang diluar landasan. Tak pernah dia bertindak kasar kepada ku. Tapi sebaliknya dia amat memahami dan menatangku seperti seorang permaisuri. Entah kenapa hati ku bergitu tertarik padanya. Dia amat simple dan cool.

Mama... anakmu ini sudah bertemu dengan seseorang yang amat anak mu ini sayangi. Mama masih ingatkan mama pada teman hati anakmu ini yang amat mama sayangi dulu. Ya... kalau mama masih ingat anakmu dengan sidia dulu berpisah kerana tiada restu keluarga dari pihak sidia. Dan kalau mama masih ingat lagi betapa anakmu ini sasau. Mama.. anakmu ini tak ingin menghadapi semua itu sekali lagi. Anakmu sudah letih dengan semua sandiwara percintaan. Memang selamani anakmu ini amat takut untuk menghadapi cinta dan kerana itu anakmu tidak begitu serius dengan cinta tapi kali ini hati anakmu ini betul2 telah dicuri oleh 'dia'. Mama bantulah anakmu ini. Anakmu ini memerlukan sedikit kekuatan untuk menghadapi semua ini.

'Dia'.. terima kasih kerana masih sudi berkongsi hati dengan saya walaupun dirimu sendiri menghadapi begitu banyak cerita suka dan duka. Saya faham semua yang dihadapi oleh diri awak tapi saya hanya mampu melihat dan berkongsi masalah bersama awak. Awak sesungguhnya saya amat menyayangi awak sepenuh hati saya. Walaupun ada kawan saya bertanya kenapa saya memilih awak.. kenapa awak?? tapi saya tetap sayangkan awak! Awak jangan risau ... saya akan sentiasa disini bersama awak walaupun awak ada masalah yang tak dapat menjamin saya akan menjadi milik awak dan saya berjanji akan sentiasa bersama awak selama awak masih memerlukan diri saya disisi awak!

Aduh... kekadang aku rasa letih dan penat. Letih dan penat menghadapi semua ini sekali lagi dalam hidup aku. Kenapa masalah yang sama datang menjenguk aku walaupun tanpa dipinta. Aku tidak mintak banyak dalam hidup ini cuma kesederhanaan dan kebahagiaan. InsyaAllah!!...

2 Comments:

Blogger ezrynn ismail said...

hi...thanx for linking mine to yours...tp link tu just to my latest entry not the entire blog...

6:13 AM  
Blogger Ariza & Wan said...

is it... please give me ure blog add in full.. thankssss

4:38 AM  

Post a Comment

<< Home