Monday, May 29, 2006

Dapatkah Melupakan!

Photobucket - Video and Image HostingDapatkah kita melupakan insan-insan yang pernah singgah di hati kita? Dapatkah kita membiarkan saja setiap kali kenangan-kenangan itu kembali menerpa dibenak? Biarpun bagaimana perpisahan terjadi samada kita ditinggalkan atau kita meninggalkan, hakikatnya kenangan itu tak mungkin akan lenyap begitu saja. Ia akan tetap bermain di fikiran kita walaupun beribu kali sudah kita cuba menghalaunya. Walaupun apa yang kita rasa pedih, kecewa, duka, suka, gembira atau perit, kenangan bersama insan2 ini tak mungkin hilang semudah yang disangka terutama sekali jika perpisahan itu terjadi bukan dari kita.

Adakala rindu datang menjenguk, Tidak kiralah rindu itu datang dalam bentuk yang macam mana sekalipun. Rindu juga seperti kenangan, tidak dapat disingkirkan dengan mudah. Malah kadang kala rindu lebih membuatkan kita terseksa lebih dari kenangan. Jika kita fikirkan, jika ada kenangan maka adalah rindu. Rindu yang menyesakkan kadangkala membuat kita tidak dapat berfikir dengan jelas. Kewarasan kita sudah luput sedikit apabila ini semua sekali. Sesukar mana kenangan itu dicipta, sesukar itulah juga ia sukar dilupakan.

Walau sejauh mana kita cuba mengasingkan diri, kenangan2 itu tetap bersemadi. Bukan tidak cuba melupakan tetapi ia tetap mengganggu lena dan ketenangan hati kita. Bukan tidak cuba untuk mengelakkan dari berfikir tentangnya, tetapi apabila ia tiba tak dapatlah lagi untuk kita menghalangnya.

Sungguh sukar untuk membunuh kenangan. Kerana kenangan kita menangis. Perasaan menjadi nanar dan tidak keruan. Hati menjadi sukar untuk mencari kewarasan fikiran. Jiwa menjadi kosong. Rasa seperti ingin menjerit kepada seluruh alam apa yang kita rasa. Terasa ingin melepaskan semua supaya hati tidak lagi sengsara. Maka untuk cuba menyingkirkan apa yang dirasa kita menangis. Tetapi setelah menangis, puas pula kita menyeka air mata yang mengalir, namun ia tetap tumpah jua. Puas kita berdoa pada yang Esa agar semua kenangan ini dijauhkan dari kita kerana tidak sanggup menanggung kesengsaraan perasaan. Bermohon semoga diri diberi kekuatan untuk meneruskan hari esok dan seterusnya dengan semua kenangan dan kerinduan yang ada dalam hidup kita.
***********************************************
Telah dikumpulkan seribu kekuatan tetapi jasad sudah tidak berdaya.

Betapa peritnya sebuah perpisahan. Namun ada yang memilih perpisahan. Samada perpisahan itu disebabkan oleh pihak ketiga, kehendak diri sendiri atau halangan yang lain, namun ia tetap menyakitkan dan menyeksakan.Tidak takutkan mereka untuk mengharungi hari2 yang mendatang tanpa mengharungi yang tersayang?

Aku lemah bila ditinggalkan dan rasanya tidak mampu untuk menjalani hidup yang terbaik tanpa kehadiran orang yang disayangi. Kekadang aku tiada jawapan untuk soalan yang muncul di kepalaku. Soalan2 yang muncul itu hanya menjadikan aku insan yang hilang kata2. Andai dapat kuhentikan semua soalan2 yang menhimpit jiwa dan perasaan ini, ingin ku hentikan semuanya sekarang!.

Kekadang aku menjadi lesu untuk melawan perasaan aku sendiri. Walaupun akalku sedar bahawa kadang2 perpisahan itu lebih baik daripada bersama. Tetapi apabila keserasian sudah tiada lagi, maka perpisahan adalah penyelesaian yang terbaik untuk dilakukan. .. Tapi sungguh tidak sanggup untuk aku berpisah!!

**********************************************

Sudah ku atur langkah untuk pergi.... pergi menjauh... meninggalkan semua ini tapi tak sanggup rasanya kerana di dalam hati aku masih ada sisa2 keikhlasan dan kasih sayang terhadap semua insan disekelilingku...........

BAGAIMANA?????

2 Comments:

Blogger the artist and i said...

bagaimana???

pejamkan mata.. amik saja risiko itu!! heheheheh..

6:32 AM  
Blogger Ariza & Wan said...

dah dapat la... not love couple but advance couple la... erms... perkembangan positif kan... insyaAllah.. doakan aku erk!

5:18 AM  

Post a Comment

<< Home