Bertemu tanpa bersua, berkata tanpa bersuara!!
Petikan dari Hello-Bebeh
Perempuan dikatakan cantik bila memiliki tubuh yang big size (pada abad 17 & 18. Seandainya diberikan pilihan, ingin rasanya dilahirkan pada abad ini, dimana seorang gadis yang bertubuh besar menjadi tumpuan dan idaman. Tak perlu mengemis kasih demi sebuah cinta.
Namun masa berlalu. Setiap kali saya didatangi lelaki, setiap kali itu saya ditinggalkan pergi. Bertahun,hidup dalam kekecewaan.... Tetapi walau kekecewaan demi kekecewaan datang menjelma, hari-hari yang saya jalani tetap saya jalani dengan positif. Kerana bukan bodoh, dalam kekurangan saya, saya berjaya mara ke menara gading. Dan saya takkan hancurkan mara depan saya hanya kerana cinta lelaki...
Saya sedar sekarang, sebelum mencintai orang lain, kita sebenarnya perlu mencintai orang lain, kita sebenarnya perlu mencintai diri sendiri dan jangan sesekali lakukan perkara yang boleh menghancurkan hati orang yang banyak berjasa pada kita. Kerana cinta, manusia boleh bahagia tetapi lebih dari itu, cinta lebih banyak membawa kehancuran.
Saya belum berputus asa dengan cinta. Saya cuma punya sekeping hati yang penuh dengan cinta, kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan sejarah hitam untuk dipertaruhkan tapi biarlah dengan orang yang benar2 boleh mencintai saya kerana diri saya sebenarnya dan biarlah dia lelaki yang dapar membimbing saya dekat kepadaNYA yang MAHA ESA. Dan bukan sesar ke 'jalan mati' kerana asya PEREMPUAN dan dia LELAKI
0 Comments:
Post a Comment
<< Home